Monday, February 14, 2011

Minutes of Annual General Meeting



MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KETIGA
BADAN PENGURUSAN BERSAMA SENTOSA COURT




                                                    Tarikh                    :               20 Jun 2010

                                                    Masa                      :               1000H

                                                    Tempat                  :               Dewan Serbaguna, Sentosa Courts Apartment.

                                                    Setiausaha Minit  :               Cik Yusnizah Muhamat Yaakop - SPMSB

1.0                      Kehadiran

Hadir :

1.             Senarai Kehadiran Pemilik Unit dan Proxi adalah seperti  yang dilampirkan bersama

2.             Encik Phillip Choy Kok Seng                            -               Pengarah Kewangan SPMSB

3.             Puan  Catherine Chee Loo Peng                     -               AJK Penganjur Mesyuarat  (SPMSB)

4.             Encik Mohd Shafiee Bin Mohd Din                  -               AJK Penganjur Mesyuarat  (SPMSB)

5.             Encik Azhar Bin Mohd Nasir                             -               AJK Penganjur Mesyuarat  (SPMSB)

6.             Cik Sen Poh Yee                                                 -               AJK Penganjur Mesyuarat  (SPMSB)

7.             Cik Yusnizah Binti Muhamat Yaakop              -               AJK Penganjur Mesyuarat  (SPMSB)

8.             Tuan Haji Yahaya Bin Talib                              -               Penyelia Bangunan (SPMSB)

2.0          Ucapan Aluan Dan Pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ketiga Badan Pengurusan Bersama Sentosa  Courts (BPBSC)

2.1          Encik Mohd Shafiee Bin Mohd Din dari syarikat pengurusan Stratified Property Management Sdn Bhd (SPMSB) selaku AJK penganjur telah memberi kata-kata aluan kepada semua hadirin dan seterusnya menjemput Pengerusi serta semua ahli majlis BPBSC untuk mengambil tempat bagi memulakan mesyuarat. Kesemua ahli majlis hadir kecuali Encik Ahmad Zaini Bin Abdul Rahman  (C-G-09) dengan bersebab dan mendapat kebenaran daripada Pengerusi.

3.0          Notis Pengumuman Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga BPBSC

3.1          Pengerusi memaklumkan bahawa notis pengumuman tersebut yang bertarikh 10hb Mei 2010 telah dihantar melalui pos dan juga dimasukkan ke dalam peti surat semua pemilik selewat-lewatnya pada 19hb Mei 2010. Oleh yang demikian, semua pemilik unit adalah dengan ini dianggap sebagai telah menerima, membaca dan faham akan isi kandungan notis tersebut.

...2/
- 2 -

3.2          Pengerusi juga memaklumkan bahawa pihak BPBSC telah memenuhi syarat jangka masa notis iaitu sekurang-kurangnya 14 hari seperti yang diperuntukkan oleh Akta 663, Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan 2007).

4.0          Kuorom Kehadiran

4.1          Pendahuluan

Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 663, Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan 2007) bahawa pada sesebuah Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), sekiranya sebuah kuorom tidak dapat dipenuhi selepas 30 minit dari masa yang ditetapkan untuk mesyuarat tersebut maka jumlah kehadiran yang sedia ada adalah dianggap sebagai kuorom untuk meneruskan mesyuarat tersebut.

4.2          Mesyuarat tersebut  telah dihadiri oleh 33 pemilik dengan kekuatan seramai 24 pemilik yang layak untuk mengundi selaras dengan peruntukkan Klausa 15 kepada Jadual Kedua Akta Hakmilik Strata 1985.

4.3          Keputusan.         Sebuah kuorom telah dicapai pada 1030H dan dengan itu keputusan telah dibuat untuk meneruskan mesyuarat tersebut.  Perkara tersebut dipersetujui sebulat suara oleh semua yang hadir.

5.0          Agenda 1 : Mengesahkan pengambilan-alih insurans yang dilaksanakan oleh BPBSC

5.1          Encik Phillip Choy Kok Seng telah memaklumkan bahawa Premium Insuran Kebakaran sebelum ini adalah berjumlah RM15,500.00  yang merangkumi tempoh perlindungan mulai dari  01 Julai 2009  sehingga  30 Jun 2010. Premium ini juga merangkumi  perlindungan ke atas Kecurian dan Polisi Liabiliti Awam (Burglary and Public Liability Policies).

5.2          Beliau seterusnya juga memaklumkan bahawa perlindungan ini meliputi kos penggantian sebanyak RM 50,000.00 bagi setiap unit dan ianya telah ditetapkan oleh pihak Hong Leong Property Management sejak awal lagi, iaitu sebelum pengambilalihan oleh BPBSC. Beliau menegaskan bahawa jumlah perlindungan sedia ada ke atas semua mara bahaya / musibah adalah tidak begitu mencukupi memandangkan kenaikan harga (value appreciation) hartanah di Sentosa Courts berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Justeru itu, beliau mencadangkan agar premium yang telah dibayar ini dikaji balik dan ditambah selaras dengan keperluan perlindungan insurans semasa setelah mengambil kira harga pasaran semasa hartanah di Sentosa Court.

5.3          Encik Mohammad Yusuff Ahmad (D-G-01) mencadangkan agar polisi insurans yang sedia ada dikaji balik sama ada relevan atau tidak perlindungan daripada risiko seperti letusan gunung berapi, kemalangan pesawat dan tanah runtuh supaya premium insurans yang dibayar dapat dikurangkan. Encik Phillip Choy Kok Seng menyatakan bahawa semua risiko yang dinyatakan oleh Encik Mohammad Yusuff Ahmad (D-G-01) itu tidak melibatkan amaun premium yang besar. Beliau juga memaklumkan bahawa segala kandungan perlindungan polisi insuran yang sedia adalah sesuatu yang piawai (standard) bagi industri hartanah di samping memenuhi segala keperluan undang-undang dan institusi-institusi kewangan.

5.4        Keputusan.         Semua hadirin bersetuju bahawa kesemua perlindungan dari risiko yang terkandung pada polisi insurans semasa dikekalkan berdasarkan kepada penjelasan Encik Phillip Choy Kok Seng.


…3/
- 3 -

5.5        Encik Dventaran Arumugham (B-2-08) pula menyarankan agar jumlah perlindungan insurans ditambah sebanyak 100%, iaitu kepada jumlah perlindungan sebanyak RM 100,000.00 bagi setiap unit dengan kenaikan premium sebanyak RM 155.00 setiap unit. Cadangan beliau disokong oleh Encik Gunasegaran Karuppanian (A-G-3A).

5.6        Encik Chin Ming Ngee (D-G-05) pula mencadangkan agar kadar perlindungan insuran dan bayaran premium sedia ada dikekalkan dengan disokong oleh Puan Ng Shee Kim (A-1-03).

5.7        Pengerusi mengalu-alukan cadangan tambahan, sekiranya ada terhadap perkara tersebut. Namun tiada sebarang cadangan tambahan yang lain dikemukakan. Encik Muniandy Perumal (B-G-09) seterusnya mencadangkan agar cadangan ditutup dan undian dijalankan bagi mencapai keputusan terhadap perkara tersebut. Encik Krishna Veerasamy (B-2-05) menyokong cadangan beliau.

5.8          Setelah dibuat pengundian, seramai 14 pemilik bersetuju supaya kadar perlindungan insuran dikekalkan seperti sedia ada berbanding kepada 10 pemilik yang menyokong kenaikan pada kadar perlindungan tersebut. 

5.9          Keputusan.         Semua bersetuju dengan sebulat suara supaya kadar premium insurans tahunan dikekalkan pada RM 15,500.00 dan kajian seterusnya akan dilaksanakan di mesyuarat agung tahunan yang akan datang.

5.10        Encik Chin Ming Ngee (D-G-05)  telah bertanya tentang pengesahan pecahan amaun perlindungan bagi setiap unit dari jumlah keseluruhan RM 10,000,001.00 yang diinsuranskan.  Pengerusi memaklumkan bahawa beliau akan memohon kepada syarikat insurans untuk memberi kenyataan bertulis berkaitan perkara tersebut

6.0          Agenda 2 : Menentukan Amaun Yang Hendak Dibayar Oleh Pembeli Kepada Kumpulan Wang Senggara (KWS) Dan Kumpulan Wang Penjelas (KWP)

6.1          Encik Phillip Choy Kok Seng memaklumkan bahawa jumlah bayaran yang ditetapkan sekarang iaitu sebanyak RM 120.00 bagi KWS dan RM 10.00 untuk KWP adalah tidak memadai untuk pengurusan dan penyenggaraan Sentosa Court.  Penyata Pengaliran Wang Tunai bagi tahun 2009 mencatatkan lebihan sebanyak RM 2,674.00 sahaja berbanding dengan lebihan sebanyak 20,080.00 bagi tahun sebelumnya. Jumlah hutang tertunggak pula adalah kira-kira RM 20,000.00 yang masih belum dilangsaikan oleh segelintir pemilik.  Beliau mengingatkan bahawa sekiranya tiada tindakan pro-aktif diambil bagi mengatasi masalah ini, besar kemungkinan KWP akan mengalami defisit yang teruk seawal penghujung tahun 2010.

6.2          Pengerusi turut menambah bahawa jumlah dana yang terkumpul setakat ini adalah pada tahap yang kritikal sekiranya tanpa pendapatan tambahan seperti bayaran sewa tempat letak kereta tambahan dan sumbangan dari kontraktor mencuci kereta. Masalah ini menjadi semakin meruncing kerana hutang-hutang tertunggak yang berjumlah kira-kira RM 20,000.00 setakat 19 Jun 2010. Pengerusi juga memaklumkan bahawa beberapa langkah secara dalaman telah diambil bagi mengutip jumlah hutang tertunggak tersebut namun keputusannya adalah tidak memberangsangkan kerana siberhutang masih engkar untuk menyelesaikan hutang tertunggak mereka. Sekiranya pihak BPBSC hendak mengambil tindakan undang-undang ke atas siberhutang yang tegar ini, ianya akan melibatkan kos tambahan dan kecairan ke atas KWS.



...4/
- 4 -

6.3          Pengerusi juga mengingatkan semua pemilik bahawa kerajaan sedang mengubal akta mengenai bayaran gaji minima kepada pengawal keselamatan. Perkara ini sekiranya sudah diwartakan kelak, akan menyebabkan tambahan bayaran bagi perkhidmatan pengawal keselamatan yang mana akan menyumbang kepada kecairan dana KWS. 

6.4          Pengerusi menambah bahawa BPBSC juga dihimpit masalah kos tambahan akibat perkara-perkara seperti audit tahunan, perbelanjaan mengendali mesyuarat agung, perbelanjaan menebang pokok, kerosakan harta benda akibat kemalangan, kos mencuci tangki air  dan sebagainya yang tidak pernah diambil kira di dalam pengiraan KWS oleh pihak pemaju.

6.5          Di samping itu, semua kontraktor pembekal perkhidmatan sedia ada telah memohon untuk menaikkan kadar bayaran mereka kerana kenaikkan kos bahan mentah dan sebagainya.  Untuk makluman, kadar bayaran bagi kesemua perkhidmatan sedia ada di Sentosa Court tidak pernah dikaji semula sejak 7 tahun yang lepas dan dikekalkan sejak pengurusan pihak pemaju lagi.

6.6          Tambahan pula, pengurusan juga terpaksa menanggung kerugian akibat pembaziran air dari paip bawah tanah yang pecah iaitu kira-kira RM 2,000.00 ke RM 4,000.00 setiap bulan.  Walaupun tindakan pembaikan dilaksanakan dengan kadar yang segera, kejadian kebocoran paip air bawah tanah ini semakin menjadi-jadi dewasa ini dengan secara puratanya sebanyak 02 kes setiap bulan.

6.7          Berdasarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan ini, Pengerusi memaklumkan bahawa pihak BPBSC mencadangkan agar KWS dan KWP dinaikkan sebanyak RM 10.00 setiap satu berkuatkuasa mulai 01 Jan 2011 sebagai langkah pro-aktif untuk menangani kekurangan dana KWS ini.  Cadangan beliau disokong oleh Setiausaha BPBSC, Encik Ab Gani Hassan (D-3-01).

6.8          Puan Ng Yim Keng (E-1-09) pula mencadangkan agar bayaran kepada KWS dan KWP dikekalkan seperti sedia ada iaitu RM 120.00 dan RM 10.00 dengan kajian semula pada mesyuarat agung tahunan akan datang. Cadangan beliau mendapat sokong Vincent Chew Yat Chai  (D-G-08).

6.9          Puan Nirmala Wathi Sham Singh (A-G-05) pula mengatakan pada dasarnya beliau bersetuju dengan kenaikan kadar bayaran KWS dan KWP seperti yang disarankan oleh BPBSC. Namun untuk tidak terlalu membebankan pemilik dalam keadaan ekonomi yang merudum ini, beliau mencadangkan agar kadar kenaikan itu dikurangkan dari RM 10.00 ke RM 5.00 sahaja bagi kedua-dua KWS dan KWP.  Cadangan beliau mendapat sokongan Puan Pramella Raman Nallan (A-G-09).

6.10        Pengerusi telah bertanya sama ada cadangan tambahan yang ingin dikemukakan oleh hadirin yang lain. Tiada sebarang cadangan lain yang diterima. Encik Muniandy Perumal (B-G-09) seterusnya mencadangkan agar cadangan ditutup dan pengundian dijalankan. Cadangan beliau disokong oleh Encik Dventharan Arumugham (B-2-08).

6.11        Setelah dibuat pengundian, seramai 12 pemilik mengundi bersetuju dengan cadangan kenaikan sebanyak RM 5.00 masing-masing ke atas KWS dan KWP berkuatkuasa 01 Jan 2011. Seramai 10 pemilik telah mengundi untuk menyokong cadangan pihak pengurusan. Sementara cadangan untuk mengekalkan kadar bayaran tersebut mendapat 02 undi menyokong.

6.12        Keputusan.         Semua bersetuju sebulat suara agar KWP dinaikan sebanyak RM 5.00 kepada RM 125.00 sebulan dan KWP dinaikkan sebanyak RM 5.00 kepada RM 15.00 dengan tarikh kuat kuasanya pada 01 Jan 2011. Pengerusi memohon syarikat pergurusan agar memaklumkan perkara tersebut kepada semua pemilik melalui notis bertulis dengan secepat mungkin.



...5/
- 5 -

7.0          Agenda 3 : Untuk Membentang, Menerima dan Mengesah Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tempoh Kewangan Mulai Dari 01 Januari 2009 Sehingga 31 Disember 2009

7.1          Encik Phillip Choy Kok Seng telah membentangkan penyata kewangan tersebut dan memberi penjelasan yang menyeluruh terhadap keadaan kewangan tabung KWS dan KWP.  Perkara utama yang beliau tekankan adalah keadaan kewangan  yang hampir mengalami defisit.

7.2          Encik Phillip Choy Kok Seng juga telah menyatakan bahawa pada dasarnya peyenggaraan akaun oleh pengurusan adalah pada tahap yang baik tanpa sebarang bukti-bukti penyelewengan atau berbelanja lebih dari yang sepatutnya.  Perkara tersebut juga disahkan melalui laporan audit yang dibentangkan bersama. Salian penyata kewangan dan laporan audit juga diberikan kepada semua pemilik untuk rujukan.

7.3          Pengerusi memohon agar semua pemilik mengkaji penyata kewangan tersebut dengan sedalam-dalamnya dan mengalu-alukan sebarang pertanyaan. Beliau mengingatkan bahawa adalah menjadi tanggungjawap dan hak semua pemilik untuk mengambil tahu tentang tatacara wang sumbangan ke tabung KWS dan KWP diurus dan dibelanjakan.

7.4          Tiada sebarang pertanyaan atau bantahan yang diterima daripada pemilik-pemilik yang hadir.  Encik Muniandy Perumal (B-G-09) seterusnya mencadangkan agar penyata kewangan yang telah diaudit ini bagi tempoh kewangan mulai dari 01 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2009 diterima dan disahkan. Cadangan beliau disokong oleh Encik Krishna Veerasamy (B-2-5).

7.5          Keputusan.         Semua bersetuju sebulat suara agar penyata kewangan tersebut diterima dan disahkan.

8.0          Agenda 4 : Perkara-Perkara Lain

8.1          Pembersihan / Pencucian Tangki Air

8.1.1       Pengerusi memaklumkan bahawa tangki air individu yang dibekalkan tidak pernah dicuci selama 07 tahun yang lepas dan berada dalam keadaan yang amat kotor dan berkeladak. Pihak pengurusan telah mengambil langkah pro-aktif untuk mencuci tangki tersebut demi keselamatan dan kesihatan semua pemilik Sentosa Court dan ahli keluarga mereka. Tambahan pula, perkara ini adalah menjadi salah satu syarat yang ditetapkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS S/B) untuk proses migrasi meter air individu. Suatu panggilan sebutharga untuk melaksanakan pencucian tersebut telah dijalankan dan pihak pengurusan telah menerima sebanyak 04 sebutharga. Jumlah kos yang disebutkan adalah pada julat dari RM 50,000.00 (sebutharga tertinggi) ke RM 10,000.00 (sebutharga terendah). Pihak pengurusan mencadangkan untuk menerima sebutharga terendah dengan skop kerja untuk membasuh, menyental dan membilas kesemua 200 tangki air tersebut.  Implikasi kos kepada setiap unit rumah adalah sebanyak RM 50.00 sahaja. Untuk tidak membebankan pemilik-pemilik, BPBSC mencadangkan agar jumlah tersebut  dimasukkan di dalam bil bulanan KWS bagi bulan Julai dan Ogos 2010 secara 02 kali ansuran berjumlah RM 25.00 setiap satu. Walaubagaimanapun, pemilik yang mampu menyelesaikan bayaran RM 50.00 sekaligus adalah digalakkan berbuat demikian.

8.1.2       Keputusan.         Semua yang hadir bersetuju sebulat suara dengan cadangan pengurusan. Kerja-kerja pembersihan dijangka akan dimulakan pada bulan Spetember  2010 setelah keseluruhan RM 10,000.00 bagi projek tersebut berjaya dikutip.  Ianya akan dijalankan secara berperingkat bermula dari Blok A hingga Blok E  dan dijangka mengambil masa selama 06 minggu tertakluk kepada keadaan cuaca dan faktor-faktor lain.


...6/
- 6 -

8.1.3       Encik Chin Ming Ngee (D-G-05) memohon agar kerja-kerja pencucian tidak mengganggu keselesaan dan keselamatan semua pemilik dan / atau penghuni Sentosa Courts.  Beliau juga menyarankan agar  kontraktor tersebut bertanggungjawap ke atas sebarang kerosakan yang berlaku semasa menjalankan kerja-kerja tersebut.

8.1.4       Pengerusi menyatakan bahawa pengurusan akan memantau perkara tersebut dengan sebaik mungkin bagi menjamin kepentingan, keselesaan dan keselamatan semua pemilik dan / atau penghuni Sentosa Courts.  Beliau juga memohon syarikat pengurusan agar memberi notis bertulis kepada semua pemilik sebagai makluman tentang pelaksanaan kerja-kerja pencucian tangki air ini dengan secepat mungkin.

8.2          Migrasi Akaun Bekalan Air Meter Pukal Kepada Meter Air Individu

8.2.1       Pengerusi menerangkan bahawa perkara tersebut telah dipersetujui dan diluluskan pada MAT Kedua BPBSC pada tahun 2009 tetapi masih tidak dapat dilaksanakan kerana syarat-syarat tambahan yang dikenakan oleh pihak SYABAS S/B berkaitan pencucian tangki air dan kekurangan dana KWS.

8.2.2       Oleh kerana kerja-kerja pencucian tangki air  ini akan dilaksanakan pada jangka masa terdekat,  pihak pengurusan akan memohon kepada pihak SYABAS untuk menyambung semula proses migrasi ini. Beliau juga mengingatkan semua pemilik bahawa terdapat beberapa bayaran / caj yang perlu dilangsaikan bagi melengkapkan proses migrasi ini. Bayaran atau caj yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

Jumlah
Tujuan Bayaran / Caj
Bayaran Kepada
Status Bayaran / Caj
RM 30.00
Bayaran Memproses Permohonan Migrasi
SYABAS S/B
Tidak Dipulangkan
RM 100.00
Bayaran Cengkeram (Deposit)  Meter Air
SYABAS S/B
Boleh Dipulangkan

8.2.3       Pengerusi memaklumkan bahawa meter air sedia ada di Sentosa Court telah melebihi jangka hayat  selama 07 tahun sebagaimana yang disyaratkan oleh SYABAS S/B dan ianya akan ditukar dengan meter baru ketika proses migrasi kelak. Sesudah selesai proses migrasi ini, pihak SYABAS akan memulangkan Bayaran Cengkeram yang telah dibayar oleh BPBSC bagi meter air pukal Sentosa Court pada tahun 2008. BPBSC akan memulangkan semula bayaran tersebut kepada semua pemilik melalui cara kontra pada bil KWS bulan terkini daripada tarikh pemulangan wang tersebut.  Bayaran bagi bil air selepas proses migrasi ini adalah sebanyak RM 0.57 sen bagi setiap meter padu kubik (M3) air yang digunakan berbanding dengan RM 1.38 yang dibayar sekarang, iaitu penjimatan sebanyak RM 0.81 sen.

8.2.4       Keputusan.         Semua yang hadir bersetuju sebulat suara dengan pihak pengurusan mengenai perkara tersebut dan memohon agar proses migrasi ini dapat dipercepatkan.

8.3          Cadangan Pembangunan Tempat Letak Kereta Tambahan Di Bawah Tanah Rezab Rentis Tenaga Nasional Berhad (TNB)

8.3.1       Pengerusi memaklumkan bahawa kawasan letak kereta tambahan yang sedia ada adalah tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan semua penghuni Sentosa Courts. Oleh yang demikian, pengurusan mencadangkan agar kawasan rezab rentis TNB tersebut dimajukan sebagai tempat letak kereta tambahan bagi kegunaan penduduk Sentosa Courts. Bagi menampung kos pembangunan tersebut, Pengerusi mencadangkan agar setiap pemilik kenderaan yang menggunakan  tempat letak kereta sedia ada untuk menyumbangkan derma tahunan sebanyak RM 50.00 bagi sebuah kereta dan RM 150.00 bagi sebuah lori atau kenderaan komersial yang lain.



...7/
- 7 -

8.3.2       Setiap penderma akan diberi pelekat kenderaan bagi tujuan memakir di tapak tersebut. Kenderaan yang tidak mempunyai pelekat kenderaan tetapi didapati memakir di tapak tersebut akan dikunci tayarnya dan bayaran membuka kunci tayar sebanyak RM 50.00 akan dikenakan. Ini adalah untuk mencegah pihak yang tidak berkenaan dari menggunakan tapak letak kenderaan tersebut.

8.3.3       Bagi kenderaan pelawat pula, mereka dikehendaki mendaftar kenderaan mereka di balai pengawal dan akan diberikan Pas Pelawat yang mana harus dipamirkan pada cermin hadapan kereta pada sebilang masa kenderaan tersebut berada di tapak letak kenderaan tersebut.

8.3.4       Pada dasarnya, semua pemilik yang hadir menyambut baik cadangan tersebut dan bersetuju agar ianya dilaksanakan. Pengerusi juga mengalu-alukan apa jua sumbangan dari mana-mana pemilik kepada tabung pembangunan tempat letak kereta tersebut walaupun mereka tidak menggunakan tapak tersebut. Semua derma yang disumbangkan akan diberi resit rasmi oleh pihak pengurusan dan ianya  akan diserapkan ke dalam akaun KWS.

8.3.5       Keputusan.         Pihak pengurusan melalui SPMSB akan memberi notis bertulis mengenai perkara tersebut dan akan menjalankan kutipan derma secepat mungkin. Pengurusan amat mengharapkan agar ianya mendapat sambutan yang baik dari semua pemilik dan / atau penghuni.

8.4          Pemasangan Sistem 'Barrier Gate With Smart Card Access' dan Kamera Litar Tertutup (CCTV)

8.4.1       Pengerusi memaklumkan bahawa BPBSC sedang mengusahakan pemasangan sistem tersebut di balai pengawal bagi memantapkan lagi tahap keselamatan di Sentosa Court. Sistem yang dicadangkan adalah jenis Aprigate Model BG3 buatan Italy.  Sistem ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 35,500.00 dengan tempoh jaminan selama 01 tahun. Pihak BPBSC telah merangka suatu pelan pembayaran yang minima kepada semua pemilik untuk pemasangan sistem ini.  Berikut adalah cadangan pembiayaan bagi projek tersebut.

Jumlah
Tujuan Bayaran / Caj
Status Bayaran / Caj
RM 150.00
Sumbangan Cengkeram Bagi Setiap Unit Rumah
Boleh Dipulangkan
RM 25.00
Caj 'Smart Card' Bagi Setiap 01 Kenderaan / Petak Pakir
Boleh Dipulangkan
RM 25.00
Yuran Tahunan Bagi Tujuan Penyenggaraan
Tidak Dipulangkan
Ringkasan / Kesimpulan
RM 175.00
Jumlah wang yang akan dipulangkan sekiranya pemilik berpindah keluar / menjual rumah
RM 25.00
Jumlah wang yang dikira pakai-habis bagi setahun untuk menikmati sistem tersebut

8.4.2       Pengerusi menjelaskan bahawa selepas sistem ini telah dipasang, semua kenderaan bermotor dan mempunyai cukai jalan (termasuk motorsikal) perlu mempunyai kad pintar 'Smart Access Card' sendiri bagi membolehkan kenderaan tersebut memasuki kawasan Sentosa Courts. Kenderaan yang tidak mempunyai kad pintar tersebut tidak akan dibenarkan masuk dan hendaklah memakir di tapak letak kereta di luar.

8.4.3       Bagi kenderaan pelawat pula, kebenaran masuk bagi kenderaan yang tiada kad pintar tersebut adalah di atas budi-bicara pengurusan dan pegawai keselamatan.  Namun begitu, kelonggaran akan diberikan kepada kenderaan yang dipandu / dinaiki oleh warga emas, kanak-kanak, warga kurang upaya dan sebagainya yang akan diberi kebenaran masuk tanpa kad pintar tersebut. Prosidur yang sama juga akan digunapakai  untuk kenderaan perkhidmatan awam seperti bas sekolah dan ketika keadaan cuaca hujan.



...8/
- 8 -

8.4.4       Sekiranya mana-mana unit menerima kehadiran tetamu, pengurusan menyarankan agar pemilik dan / atau penghuni tersebut untuk menerima tetamu tersebut di balai pengawal dengan menggunakan kad pintar mereka sendiri. Selepas sistem ini ditauliahkan, pengurusan tidak akan membenarkan tetamu mendaftar masuk dengan sendiri (self check-in) ke dalam kawasan Sentosa Court bagi mengelakkan sebarang isu keselamatan nyawa dan kerugian harta-benda.

8.4.5       Pengerusi seterusnya memohon sebarang maklumbalas daripada semua pemilik yang hadir tentang pemasangan sistem tersebut. Puan Pramella Raman Nallan (A-G-09) pula mencadangkan agar BPBSC mendahului wang belanja untuk memasang sistem tersebut daripada KWP dan mengutipnya semula melalui pengebilan bil bulanan KWS.  Dengan cara sedemikian, pemilik-pemilik  tidak akan dibebankan dengan keperluan membayar sebuah amaun yang besar sekaligus.

8.4.6       Pengerusi amat mengalu-alukan cadangan tersebut dan mencadangkan agar bayaran sebanyak RM 20.00 setiap bulan dilevi melalui bil bulanan KWS selama 10 bulan berkuatkuasa Januari 2011 sehingga Oktober 2011.  Beliau seterusnya mencadangkan agar perkara tersebut dibuat undian bagi membuat keputusan.  Cadangan beliau disokong oleh Encik Dventharan Arumugham (B-2-8).

8.4.7       Keputusan.         Cadangan ini mendapat sebanyak 16 undi menyokong dan keputusan telah dibuat agar pengurusan meneruskan dengan kerja-kerja pemasangan sistem tersebut.  Pengerusi memohon SPMSB agar dapat memaklumkan perkembangan tersebut kepada semua pemilik dan / atau penghuni dengan memberi notis bertulis dengan secepat mungkin.

8.5          Pembaikan peralatan gimnasium yang rosak

8.5.1       Encik Vincent Chew Yat Chai (D-G-08) telah bertanya tentang peralatan gimnasium yang rosak dan tidak dibuat pembaikan oleh BPBSC.

8.5.2       Pengerusi memaklumkan bahawa buat masa kini hampir 80%  peralatan gimnasium telah rosak dan menunggu pembaikan atau penggantian peralatan baru sejak dari Disember 2007 iaitu sebelum pengambil-alihan pengurusan daripada pihak pemaju. Hampir keseluruhan peralatan di dalam gimnasium tersebut dikategorikan sebagai 'Beyond Economical Repair'  dan perlu dilupuskan. Pengerusi juga memaklumkan peralatan sedia ada adalah untuk kegunaan domestik atau 'Home Use' dan bukannya jenis 'Industrial / Commercial Use'. Kos bagi pembelian peralatan gimnasium yang sesuai adalah melebihi RM 50,000.00 dan ianya adalah di luar kemampuan kewangan pengurusan pada ketika ini.   Pengerusi juga menegaskan bahawa buat masa ini, keutamaan perbelanjaan hanya akan diberi kepada perkhidmatan dan penyenggaraan berkala / bulanan dan pembaikan kerosakan yang mendesak atau kritikal sahaja.

8.5.3       Pengerusi berjanji akan memperhalusi penggantian peralatan gimnasium tersebut.  Namun beliau tidak dapat memberi kata putus mengenai jangka waktu yang diperlukan bagi tujuan tersebut.  Beliau memaklumkan perkara tersebut akan disegerakan sekiranya dana KWS mencukupi.

8.5.4       Keputusan.         Penjelasan Pengerusi  dan kesanggupan pergurusan untuk menangani perkara tersebut sekiranya dana KWS mencukupi diambil maklum dan dipersetujui oleh semua hadirin.








...9/
- 9 -

9.0          Pembubaran Ahli Majlis BPBSC Bagi Sidang 2009/2010

9.1          Pengerusi memaklumkan bahawa mengikut peraturan dan ketetapan undang-undang sedia ada, ahli majlis BPBSC perlu dibubarkan dan ahli majlis yang baru dilantik pada setiap MAT. Oleh yang demikian, beliau memohon cadangan pembubaran majlis daripada pemilik yang hadir.

9.2          Encik Muniandy Perumal (B-G-09) mencadangkan agar ahli majlis BPBSC sidang 2009/2010 dibubarkan dengan disokong oleh Encik Muniandy Annamalai (B-1-05).  Setelah pembubaran majlis tersebut, Pengerusi telah menyerahkan tugas beliau kepada Encik Mohd Shafiee Bin Mohd Din. 

9.3          Encik Mohd Shafiee Bin Mohd Din telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli majlis sidang 2009/2010 yang baru dibubarkan di atas sumbangan dan titik peluh mereka selama setahun ini dan membenarkan mereka meninggalkan meja utama untuk mengambil tempat di dewan.

9.4          Encik Mohd Shafiee Bin Mohd Din seterusnya menjemput pencalonan ahli majlis yang baru bagi sidang 2010/2011.  Puan Catherine Chee Loo Peng mengatakan bahawa jumlah keanggotaan majlis perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum pencalonan ahli majlis.

9.5          Encik Dventaran Arumugham (B-2-08) mencadangkan agar jumlah ahli majlis tertinggi dihadkan seramai 06 orang sahaja. Cadangan tersebut disokong oleh Puan Pramella Raman Mallan (A-G-09). Encik Muniandy Perumal (B-G-09) pula telah mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh Cik Malini Arulampalam (E-G-09).

9.6        Keputusan.      Semua hadirin bersetuju bahawa jumlah keanggotaan ahli majlis dihadkan kepada 06 orang sahaja.
           
9.7        Seterusnya, pencalonan dan pengundian ahli majlis BPBSC sidang 2010/2011 telah dijalankan. Berikut adalah butir-butir pencalonan dan ahli-ahli majlis yang terpilih untuk menganggotai BPBSC :

Jawatan
Nama Calon / No. Unit
Pencadang / No. Unit
Penyokong / No. Unit .
Pengerusi
Rama Murthy Sivaprakash                 D-2-09
Dventharan Arumugham
B-2-08
Krishna Veerasamy
B-2-05
Setiausaha
Ab Gani B. Hassan  
  B-G-09
Muniandy Anamalai                      B-1-01
Rama Murthy Sivaprakash
D-2-09
Bendahari
Muniandy Anamalai                      B-1-01
Muniandy Perumal                      B-G-09
Dventharan Arumugham
B-2-08
AJK
Vincent Chew Yat Chai         D-G-08
Pramella Raman Nallan                 A-G-09
Malini Arulampalam
C-G-02
AJK
Wong Khuan Siong
B-1-3A
Rama Murthy Sivaprakash
D-2-09
Muniandy Perumal                      B-G-09
AJK
Muniandy Perumal                      B-G-09
Dventharan Arumugham
B-2-08
Pramella Raman Nallan                 A-G-09
AJK
Dventharan Arumugham
B-2-08
Muniandy Perumal                      B-G-09
Krishna Veerasamy
B-2-05

9.8          Encik Dventharan Arumugham (B-2-08) tidak dipilh menganggotai majlis BPBSC dan seterusnya digugurkan dari senarai pencalonan.


...10/
- 10 -

9.9          Mesyuarat juga dengan sebulat suara membuat keputusan untuk melantik dan memberi kuasa kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari untuk menandatangani cek-cek bank dan pengendalian Akaun Semasa dan Simpanan Tetap BPBSC dengan Hong Leong Bank Berhad cawangan Bandar Lama Petaling Jaya. Ini adalah selaras dengan amalan yang dipraktikkan sejak penubuhan BPBSC.

9.10        Encik Mohd Shafiee Bin Mohd Din mengucapkan tahniah kepada ahli majlis yang baru dilantik.  Beliau seterusnya menjemput Pengerusi ke meja utama untuk memberi sepatah dua kata sebelum menangguhkan mesyuarat pada kali ini.

10.0        Penangguhan Mesyuarat

10.1        Pengerusi telah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diamanahkan kepada beliau dan ahli majlis yang baru dilantik. Beliau berjanji akan meneruskan usaha dalam memajukan lagi Sentosa Courts  untuk menjadi sebuah hartanah yang terbilang dan berprestij tinggi di kawasan Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur.

10.2        Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua pemilik dan memohon agar komitmen dan kerjasama sedemikian akan terus dapat dikekalkan di masa-masa yang akan datang demi kesejahteraan semua penduduk di perumahan Sentosa Courts ini. Beliau juga berharap agar jumlah kehadiran ke MAT akan dapat dipertingkatkan di masa-masa akan datang. Beliau memohon sekelian pemilik yang hadir agar dapat berkongsi bersama maklumat tentang perkara-perkara yang telah dibincangkan dan usul-usul yang telah diluluskan dengan jiran-jiran mereka yang tidak dapat menghadiri mesyuarat pada kali ini.

10.3        Oleh kerana tiada lagi perkara berbangkit yang hendak diperbincangkan, Pengerusi telah mencadangkan agar mesyuarat ini ditangguhkan. Tiada sebarang bantahan yang diterima di atas cadangan tersebut. Pengerusi seterusnya menangguhkan mesyuarat tepat pada jam 1400H ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Diminitkan oleh :



Cik Yusnizah Muhamat Yaakop
Setiausaha Minit / Juru Rekod Mesyuarat
Tarikh :                  Jun 2010

Minit Disahkan oleh :



Encik Rama Murthy Sivaprakash
Pengerusi Mesyuarat
Tarikh :                  Jun 2010

Lampiran :

A.            Senarai Kehadiran Pemilik Dan Proxi Ke Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga BPBSC.
B.            Salinan Penyata Kewangan Setelah Diaudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir Pada 31 Disember 2010.
C.            Salinan Notis Pemberitahuan Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga BPBSC Bertarikh 10 Mei 2010.


- 10 -
SENARAI KEHADIRAN PEMILIK DAN PROXI
MESYUARAT AGONG TAHUNAN KETIGA
BADAN PENGURUSAN BERSAMA SENTOSA COURTS








Bil
Nama
No K/P
No Telefon
Unit
Kelayakan Mengundi
Wakil / Proxi

1
RAMA  MURTHY SIVAPRAKASH
T373372
012-3233072
D-2-09
101


2
MAGESWARY KANDASAMY
750301-06-5020
012-3913072
C-G-10



3
NG SHEE KIM
511130-10-5252
012-6728566
A-1-3
103


4
DVENTARAN A/L ARUMUGHAM
RF/142367
012-2795186
B-2-8
102


5
SOH KIM SANG
690524-10-5067
016-3363238
D-1-3A



6
MUNIANDY A/L ANAMALAI
660818-10-6279
016-9172133
B-1-1



7
NIRMALA WATHI  A/P SHAM SINGH
571018-08-6498
012-2291888
A-G-5
104


8
DEVI  A/P KRISNAN
750102-05-5030
012-2752804
C-G-5
105


9
WONG YOONG PON
560218-08-6405
012-3725953
D-G-3A
106


10
CHEW YAT CHAI
790325-14-5099
016-3233984
D-G-8
107
*

11
HO YEN KANG
510720-10-5557
03-77819941
B-G-9
108


12
GUNASEGARAN A/L KARUPPANIAN
621114-10-7335
013-3040083
A-G-3A
109


13
SOO YEE FERN
760921-14-5354
012-3225060
E-2-1
110


14
KRISHNA A/L VEERASAMY
RF/65596
019-3630238
B-2-5
120


15
JASMI A HAMID
641106-01-5041
013-3635501
D-3-2



16
DR. ASHA  A/P VAIYAPURI
720627-07-5176
012-3212211
A-G-10
111


17
PRAMELLA A/P RAMAN MALLAN
RF/67027
012-3650067
A-G-9
112


18
AZHAR MOHD NASIR
670821-10-6041
017-3337132
B-3-9



19
LIEW CHIT MOY
TIADA REKOD
013-6076202
E-G-2



20
ELAINE SOO YEE LENG
750601-14-5284
012-3351341
E-G-10
114
*

21
KRISHNAN A/L MUNIYANDY
570801-01-5101
012-2847556
A-G-8
113


22
MOHAMMAD YUSUFF AHMAD
580622-10-6277
012-2580357
D-G-1
115


23
MALINI A/P ARULAMPALAM
580630-71-5064
019-3557235
E-G-9
116


24
NG YIM KENG
740320-08-5140
012-2133392
E-1-9
117


25
GOVINDAMAH
1300560
016-2796243
B-G-5



26
LIEW HON HEUNG
790411-14-5167
019-3317580
A-1-9
118


27
CHIN MING NGEE
660906-08-5519
019-2680825
D-G-5
119
*

28
THAM MAN HON
810926-12-5507
012-8101372
C-3-4
121
*

29
AB GANI HASSAN
541219-04-5177
013-3333976
D-3-1
122


30
SEEVA
780306-14-6594
012-3845078
D-G-3



31
LEE KAVAN LEONG
660401-08-6073
012-6455675
A-2-1
123


32
MUNIANDY A/L PERUMAL
A2345353
016-3616552
B-G-9
124
*

33
WONG KHUAN SIONG
740101-08-6717
012-5202061
B-1-3A


















Jumlah Kehadiran yang layak mengundi                                                       :                               24 Pemilik
Jumlah kehadiran yang layak untuk menjawat jawatan ahli majlis          :                               24 Pemilik




A1 - 1

No comments:

Post a Comment